CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, January 27, 2008

hidup ini kini lebih bermakna....

Dan Bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya Telah kami lalaikan dari mengingati kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas. (18:28)

Sabar. Perkataan yang cukup sinonim dengan insan yang bergelar daie atau ana lebih suka menggelarnya dengan pahlawan mukmin sejati. Suka ana petik kata2 Dr Anis Matta dalam bukunya Mencari Pahlawan Indonesia, “Seorang pahlawan boleh salah, boleh gagal, boleh tertimpa musibah. Akan tetapi dia tidak boleh kalah. Dia tidak boleh menyerah kepada kelemahannya; dia tidak boleh menyerah kepada tantangannya; dia tidak boleh meyerah kepada keterbatasannya. Dia harus tetap melawan, menembus gelap, supaya dia bisa menjemput fajar. Sebab, kepahlawanan adalah piala yang direbut bukan kado yang dihadiahkan.”

Pengalaman hampir 3 tahun bersama kafilah dakwah cukup mematangkan ana dari remaja perempuan yang hubbuddunya kepada akhwat tarbiyah yang punya misi dan visi hidup yang jelas insyaAllah. ~misi untuk menyelamatkan umat dan membumikan kalimah tauhid di seantero dunia.

Bermula dengan awal perkenalan dengan tarbiyah di matriks, ana bagaikan terpukau dengan kecantikan Islam itu sendiri. Bagaikan diIslamkan semula, ana belajar tentang kalimah agung syahadah dan memahaminya. Ana belajar erti iman dan ukhwah, tentang dakwah dan jihad dan yang paling mengesankan tentang sabar dan pengorbanan. Ana akui banyak belajar dari ikhwah dan akhwat, dari anak halaqah sendiri dan anak halaqah orang lain dan dari jemaah lain juga yang sama-sama membawa Islam. Jangan pernah malu untuk bertanya sekalipun kita merasakan perkara itu sesuatu yang remeh dan jadikan kekurangan kita sebagai satu cabaran untuk pengislahan yang lebih baik. Cabaran yang paling besar adalah mengikis karat-karat jahiliyah yang masih menempel pada diri dan sehingga sekarang ana masih usahakan untuk tajdid dan islah terutama dalam pembentukan peribadi Muslim.

Dalam dakwah dan tarbiyah, ana belajar untuk memikul dua komitmen besar dalam satu masa..dakwah dan studi. Amanah sebagai seorang pelajar dan tanggungjawab sebagai seorang daie. Ana akui sehingga sekarang ana masih tercari-cari formula efektif untuk manajmen tawazun yang baik , semua akhwat juga. Suatu yang pasti, Allah akan menguji dengan apa yang kita sayang dan cabaran yang datang betul-betul menguji kematangan dan kesabaran. Dari situ ana belajar tentang manajmen waktu yang baik dan lebih kreatif dalam mengurus waktu. Ana selalu pegang kata-kata Abu ‘Izuddin, dalam Quantum Tarbiyah, “Kita tidak berorientasi kepada keterbatasan tapi bagaimana menciptakan kemelimpahan. Kitalah yang menciptakan kondisi. Kitalah yang menyebabkan momentum itu menjadi ada. Kitalah yang berupaya menghadirkan perubahan menjadi nyata dan agar eksistensi tetap terjaga.” Sama-sama kita usahakan agar keterbatasan menjadi kemelimpahan.

Ana belajar banyak dari setiap pengalaman. Pernah satu ketika ana ditegur tentang masalah displin, tentang masalah tsiqah dan taat, tentang lebih serius dalam dakwah...ana tersedar sendiri (selepas dibicarakan dalam mahkamah tarbiah..erm) dakwah tidak memerlukan orang yang hanya menumpang, tapi orang yang boleh memandu, orang yang lebih serius dan memaknai dakwah itu sendiri. Peristiwa itu memberikan ibrah yang cukup besar bagi diri ana dan dakwah. Cukup bermakna. Ana selalu ingatkan akhwat lain supaya selalu serius dalam semua terutamanya dengan Allah. Sebab kalau serius dengan Allah, pasti urusan yang lain juga akan sentiasa serius.

Sudi ana singgung satu pengalaman pahit dalam tarbiyah apabila sahabiah fillah seperjuangan mengangkat bendera putih mengundurkan diri dari tarbiyah. Sedih. Tapi ibrah yang besar sebagai motivasi pemangkin untuk ana sendiri supaya lebih bersungguh dalam dakwah kerana tidak ada satu jaminan pun untuk kita terus kekal di atas jalan yang paling konsisten ini untuk menuju Allah. Salah satu perkara yang berperanan besar dalam menjaga stamina ruhiyah seorang afrod (individu) dalam tarbiyah adalah ukhuwah. Kadang-kadang kerana kesibukan yang mencengkam, hak-hak ukhuwah yang seharusnya kita berikan kepada saudara kita menjadi terabai. Maka wajarlah bila kita rasakan sewaktu berprogram, pertemuan rutin menjadi kering tanpa makna. Masing-masing sibuk dengan urusan dakwah sendiri. Kosong. Ini berlaku di medan ana sendiri.Perkara sebegini haruslah diatasi. Sesibuk manapun aktiviti kita, hak-hak ukhuwah harus tetap kita berikan. Berwajah cerah ketika bertemu, saling berziarah sehingga kita tahu keadaan keluarganya,masalah yang sedang dihadapinya serta keadaan imannya. Cari masa untuk bermalam bersamanya agar dapat bertukar cerita sehingga kita boleh berempati ( empathy ) terhadap permasalahan saudara kita. Saling nasihat menasihati baik diminta ataupun tidak, saling bertukar-tukar hadiah dan saling mendoakan doa rabithah. Andai kesemua hak-hak ukhuwah tersebut kita tunaikan, akan menjadi tipislah kemungkinan untuk bergugurannya sahabat-sahabat kita di jalan dakwah, insyaAllah.

Kekalnya ana dalam tarbiyah sehingga hari ini insyaAllah berkat doa akhwat dan anak halaqah dan atas keizinan Allah jua. Selagi masih bernyawa, ana akan teruskan wasilah tarbiyah Rasulullah ini hingga hidup mulia atas kemenangan atau syaheeD! Sebagai syuhada’ insyaAllah. Tapi ana selalu ingatkan diri sendiri supaya tidak merasa selesa dengan posisi yang ana pegang sekarang sebab lagi bertambah kerja lagi perlunya untuk kita lebih serius dan matang baik dari segi iman, ukhwah mahupun manajmen. Matang dan terus matang. Dakwah kita semakin berkembang insyaAllah, doakan akhwat dan ikhwahnya juga berkembang dengan acuan Allah itu sendiri.

Akhirnya akhwatku, tarbiyah itu unik. Di situ bukan sahaja sekadar perpindahan(transfer) ilmu dan bahan, tetapi adalah proses bagi setiap individu di dalamnya untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Dan lebih dari itu, langkah-langkah ke arah menjadi lebih baik itulah yang menjadikan kita mengerti akan hakikat hidup berjemaah. Tarbiyah bukanlah segala-galanya, namun tanpa tarbiyah segala-galanya sia-sia. Allahuwarasuluhu ‘alam.

Hidup mulia @ Mati syaheeD!

syaheeD! Al~faqeerah llaALLAH

0 comments: